Saturday 10 February 2018

Yakin diri sendiri


Kita sepatutnya menjadi apa yang sepatutnya kita jadi.Nak jadi apa?  dan mengapa? perlu dijawab berpandukan hati yang tunduk kepada Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Tiap kita mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tak sepi juga dengan kelemahan yang tertentu.Kelemahan yang Allah berikan ada yang bersifat sementara dan ada yang kekal,kadang kala kekurangan itu menjadi kelebihan dalam sesuatu keadaan.Maha Bijaksana Allah yang Maha Mencipta hambaNya.

Yang kuat tak akan selamanya kuat,yang lemah tak selamanya lemah bergitulah putaran kehidupan.

Menghargai dan mensyukuri kelebihan adalah lebih baik dari menangisi kelemahan yang ada.Gunakan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita untuk berkhidmat kepada perkara yang membawa redha Allah kepada kita.

Jadi optimunkan pergunaan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita untuk mendapat redhaNya.Dan cabarannya tidak sedikit,akan ada perasaan yang terusik kerana dalam kehidupan ini kita akan berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang pelbagai untuk menaikkan tahap kemartabatan hidup.



Untuk memoptimunkan kelebihan kita perlu keluar dari kebiasaan.Tekanan perlu diserap dengan positif dan optimis.Perlu berani menghadapi pelbagai kemungkinan dan tidak perlu ambil perduli perkara remeh yang boleh menghilangkan kerjernihan fikiran dan perasaan bila difikirkan.

Keluarlah dari kebiasaan yang tidak produktif,tiap kita diberi kelebihan yang luar biasa.

Thursday 8 January 2015


Alkisah seorang tua yang segak akhlak dan imannya.


Tengah syok tgk tv tiba seorang tua yg kacak. azan berkumandang dkca tv tndanya bermulanya waktu zuhur. hais dunia teknologikan..... pakaian dah kemas, serban dah siap lilit, tongkat ajaib dah siap amik kat tempat yang selalu dia simpan, segalanya diikuti kerana sunnah, cari rasa bahgia dengan amlkn apa yang die rasa membolehkan dia dapat pahala.. dialah tua paling bergaya!! tambah pula orangnya hemat tinggi, cermat plak tu makin buat aku jatuh cinta, selalu terkenang dia... disusun kakinya melangkah menuju rumah ALLAH lalu depan kite tuup tupp berenti. Tolong amik gambar chek jap?? smart ke dok chek ni? eh boleh plak tye macam tu. Pantas camera phone menjalankan tugas untuk jadikan memori kisah seorang tua. senyum riang aku dibuatnya. kadang teringat aku plak yg tersenyum sendiri. susah nak dapat lelaki macam ini. baju pakaian dia pun die basuh sendri xnak susahkan die punyer isteri. Allahurabbi. rasa syukur tu xmmpu nak gambrkan cukuplah kehadirannya buat seluruh keluarga kami bahagia. lagi bangga dah tua tua pun die tak jenuh jalan kaki ke mesjid 5 waktu die penuhkan di masjid kalau takpegi pun sebb die sakit. ahh orang muda belum tentu dapat jalankan amanah berjemaah ni kan..mean sesetengah la. yang pegi tu alhamdullilah. caring die xyahnak cakap la. aku citer2 sedih2 kat die, die dlu yang nangess subhanaallh aura apa ada pada die buat aku makin kuat. moga terus utuh di bumi ALLAH dengan bekalan amalan untuk hari esok. Terima kasih atas segala jasa yang telah ditaburkan ke atas diri saya ye cinta hati.
kisah benar dari seorang cucunda.

#part1
kisah benar dari seorang cucunda.

pengalaman yg benar terjadi, gambar berkenaan juga pada hari kejadian. suwet!

Friday 20 December 2013

HIDUP ADALAH AMANAH


  • JANGAN CEREWET MEMILIH ILMU
  • BERTANGGUNGJAWAB
  • SALING MENYAYANGI ANTARA SATU SAMA LAIN
  • AKTIF DALAM MENYEBARKAN AGAMA ALLAH
  • BACA, HAYATI DAN FAHAM MAKNA AL-QUR'AN
  • BECAKAP MENGGUNAKAN INTONASI YANG SOPAN
orang yang tidak punyai apa-apa tidak akan mampu berbuat apa-apa..


DUA SYURGA DIHATIKU

SYURGA.... tidak dapat dibayangkan kenikmatannya apalagi merasa, mendegar, menyentuh....

DUA SYURGA DIHATIKU
tanggungjawab terhadap ibubapa

sesungguhnya ALLAH telah menyuruh manusia berlaku adil & ikhsan.
anak yang melakukan ihsan ibubapa juga akan mendapat pahala

 melaui perbuatan kita yang baik ibubapa kita juga akan dapat merasai di akhirat kelak. 1. wajib taat kepada kedua ibubapa melainkan mereka menyuruh melakukan maksiat
2. jangan pernah mengherdik mereka
3. mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat

perbetulkan niat kerana ALLAH...  INSYAALLAH  ALLAH redha..

sekolah

stresssssss,,,,,,,, sakit,,,, sengsara....

itu hanyalah sementara untuk insan yang bergelar pelajar.. ilmu wajib dicari dan dimanfaatkan dalam kehidupan. tangungjawab itu amat besar jika difikirkan berat. tapi akan ringan jika otak itu di 'set' kan setiap amalan baik yang dilakukan adalah ibadat. ilmu makin dicari makin terasa kekurangannya.

kehidupan di universiti amat berbeza jika dibandingkan di sekolah.
cabaran lagi besar di universiti
tanggungjawab makin besar

mengimbau kenagan lama di waktu sekolah amat membahagiakan hati.
punyai teman yang boleh menghiburkan hati, boleh berkongsi suka dan duka
susah senang dihadapi bersama

sekolah,,, sekolah,,,, sekolah....
kenangan itu telah menjadikan aku lebih bersemangat untuk menempuhi alam universiti.
memang banyakperbezaan diantara universiti dan sekolah
kehidupan disini lebih berdikari

 zaman persekolah adalah satu zaman remaja yang menyenangkan hati
tiada masalah
tiada bebanan
tiada kesusahan

melainkan.... satu keceriaan yang tidak dapat digambarkan..


pengalaman di waktu kecil akan selalu disematkan di dalam hati dan sanubari. kenangan zaman kecil yang tidak seindah kehidupan orang lain. Allah datangkan ujian dalam peelbagai bentuk. aku hanya mampu berserah. keaadaanku masih kritikal kerana mengalami pendarahan yang banyak dan aku terpaksa dibedah. walaupun baru berusia tujuh tahun. usia itu sudah mampu membezakan antara sakit ataupun tidak. Allah Maha Besar, kurniaan yang telah diberikan hanyalah kepada yang mampu untuk menghadapinya. dugaan ini mengajar aku erti kesabaran. Innallah ha ma'a sobirin. sesunguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
TAKDIR ALLAH ITU INDAH
UJIAN ALLAH ADALAH CABARAN
DUGAAN ITU TANDA ALLAH SAYANG
DAN KINI AKU MENJADI KUAT KERANANYA

peristiwa itu mengingatkan aku kenagnan perit yang dialami ketika aku kecil
rahsia antara manusia
dibongkar
tapi ALLAH ada untuk melindungi hambanya.


sungguhku bersyukur atas kurnian-Nya

NASIHAT


Nasihat umpama ubat diwaktu sakit,umpama air di waktu haus,umpama multivitamin yang menambahkah kecergasan.Namun jika tidak kena cara memberi tidak membawa apa-apa makna umpama mencurahkan air ke daun keladi.Umpama minum air laut disaat kehausan.

Ciri-ciri nasihat yang baik dan berkesan


  1. Memberi manfaat kepada agama dan dunia.
  2. Menggunakan lafaz yang paling tepat
  3. Fasih dalam penyapaian dan indah pula didengari
  4. Ada tajuk tertentu,bukan berleter atau membebel.
  5. Tidak terlalu panjang tetapi ringkas dan padat supaya pendengar tidak hilang fokus.
  6. Memilih waktu yang sesuai untuk menasihati.
  7. Memilih gaya percakapan dan intonasi alunan suara yang sesuai.
ANDAI AKU TERLEKA BIMBINGLAH AKU YA RABB...  hadirkan seseorang yang boleh membimbingku ke jalan-Mu