usaha..usaha.. pasti ALLLAH pemudahkan.. telinga kian lebar mendengar suara yang agak merdu menyejukkan jiwa,, Ratib Al-Haddad terus menusuk ke sanubari.. sungguh kerdilnya diri ini.. SEBAK.. sungguh tidak tertahan..air mata mula menitik membasahi pipi mulus seorang gadis.. ya Allah sungguh besar dugaan_Mu untuk seorang hamba yang amat lemah.. perasaan ini tidak dapat diungkapkan..betapa aneh.. kenapa dihadirkan dalam diri tika waktu begini....tika manusia lena dengan tidurnya, lena dibuai mimpinya..
Hanya aku sendirian di bilik yang kosong... tangisan terus mengalir laju.... Ya Rabb.. aku harus bangkit, tidak boleh lemah, tidak boleh mengalah, harus kuat... dengan hati yang kental terus menuju ke bilik air. Paip dibuka perlahan-lahan mengambil wudhuk.. tenang. Moga ketenagan ini akn berkekalan.
Hanya pada ALLAH ku memohon segala petunjuk dan hidayah. selesai solat sunat terus mengambil "Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid. Dibaca.
surah Al-Baqarah ayat 82:
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu penghuni syurga, Mereka kekal di dalamnya"
Ya Rabbi,,,potongan ayat itu menyesakkan dadaku,betapa diriku kecil malah lebih kecil dari seekor semut, akan tetapi ku usahakan diri ini terus istiqomah menuju kejalan yang diredhai oleh_Mu dan pengakhirannya aku tetap dijalan_Mu dan mengecapi syurga_Mu....
Mata makin layu... akhirnya terus tertidur beralaskan sekeping sejadah usang berbantalkan lengan. Moga tidurku dalam iman. HIDUP dan MATIKU hanya kerana ALLAH..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment