Tika masalah merenggut datang,ketika itu kita bermuhasabah
kesilapan,terfikir mencari jalan penyelsaian.Allahlah menjadi tempat dambaan
untuk memohon petunjuk dan jalan penyelsaian.
Disaat masalah bagaikan tiada jalan penyelsaian dikurniakan
Tuhan kedamaian dan ketenteraman jiwa yang menyatakan kita manusia biasa yang
mana mungkin sempurna.
Namun harus berusaha untuk melakukan seperti perintah
Tuhan.Berjaya atau tidak bukan tujuan,namun usaha yang ikhlas untuk
mengharapkan keredhaan Tuhan itulah kejayaan.
Jika tidak mampu berbuat baik maka jangan berbuat jahat.
................
Akhirnya kita tertunduk,memaksa hati yang keras untuk
memohon pertolongan Tuhan bila musibah atau masalah melanda.
Bergitulah kisah manusia sering lupa dan lalai bila bahagia
mewarnai kehidupannya.
Namun rasa syukur tetap perlu ada kerana denyut iman kepada
Allah masih ada,cuma ketololan diri menyebabkan diri lupa dan alpa.
Begitulah kasih tuhan,menghantar musibah dan masalah untuk
memalingkan kembali hambaNya kepadaNya.Tidak dibiarkan terus hanyut dengan arus
kealpaan duniawi.
No comments:
Post a Comment